Thursday, February 3, 2011

Kata-kata Aluan Pengetua

 SALAM SEJAHTERA

Salam Satu Malaysia.

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinanNya, kita dapat bersama-sama meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anak didik kita di SMK Jementah. Semoga kita diberi kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut bagi tahun 2011. Dan juga semoga kita dapat bersama-sama berganding bahu dan menggembleng tenaga dengan semangat yang tinggi ke arah pencapaian prestasi yang cemerlang untuk sekolah ini.

Keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah sebagai Institusi Pendidikan di ukur daripada kejayaan dalam bidang akademik. Justeru itu Pengajaran dan Pembelajaran menjadi ukuran utama sesebuah institusi pendidikan dan pelajaran.
Sasaran utama SMK Jementah bagi tahun 2011 ialah Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Perkara-perkara seperti berikut hendaklah diberi keutamaan pada tahun 2011.

1.             Keberkesanan P & P
2.            Pemantauan P & P oleh Guru Kanan Mata pelajaran, GPK dan Pengetua
( Budaya Pemantauan )
3.            Ketetapan masuk dan keluar kelas.
4.            Penggunaan masa semaksimum mungkin untuk tujuan P & P.
5.            Pengajaran berkualiti dengan pendekatan “ head count “
6.            Penggunaan masa relief dengan program “ Effetive Relief “
7.            Program mengganti  P & P sekiranya guru keluar meninggalkan kelas walaupun untuk tujuan rasmi di luar bilik darjah.
8.            Budaya Minit Curai.
9.            Budaya Dokumentasi.
10.          Budaya Hormat, Budi Bahasa dan Sopan Santun.

Marilah kita bekerjasama, kerja bersama-sama dan sama-sama bekerja ke arah menjayakan visi kita.

Sekian, terima kasih, Selamat Berjuang untuk tahun 2011.

Yap Kim Wah
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah

0 comments:

Post a Comment

hyye